Hati-Hati Dengan Mesej Bot Di Facebook Yang Boleh Curi Akaun Anda

Pengguna media sosial Facebook dinasihatkan untuk berhati-hati dengan taktik terbaharu pancingan data yang menyasarkan mereka di ruangan chat Messenger.

hati-hati dengan mesej bot di facebook yang boleh curi akaun anda

Ancaman yang menggunakan chatbot pada Messenger dilaporkan boleh mencuri log masuk Facebook pengguna dan pelbagai data peribadi lain.

.

Chatbots yang didapati menyamar sebagai pasukan sokongan Facebook akan mengumpan pengguna untuk mendedahkan alamat e-mel log masuk dan kata laluan mereka.

.

Facebook Messenger telah dilancarkan pada 2011, walau bagaimanapun, hanya pada 2018 gergasi teknologi itu melaksanakan AI chatbots.

.

Chatbot ialah program perisian yang mengautomasikan tugas - dalam Messenger, yang membolehkan mereka bercakap, menjawab soalan atau menyelesaikan kes dari pelanggan.

.

Tetapi kini, mereka telah digodam dan digunakan untuk melakukan serangan pancingan data, lapor syarikat keselamatan siber Trustwave.

.

Antara modus operandi yang dilakukan chatbox itu adalah:

1. Menghantar email kepada penerima kononnya Facebook mereka telah melanggar syarat dalam Standard Komuniti.

2. Pengguna diberikan masa 48 jam untuk mengesahkannya atau Facebook mereka akan dipadam terus.

3. Pengguna klik pada pautan palsu dan membawa mereka kepada Facebook Messenger dan berkomunikasi dengan bot yang menyamar sebagai wakil Facebook.

4. Pengguna dibawa ke Facebook Support Inbox dan perlu melakukan log masuk menggunakan email, kata laluan dan nombor telefon.

hati-hati dengan mesej bot di facebook yang boleh curi akaun anda

Dari sini, penggodam disebalik bot itu boleh melakukan log masuk kepada akaun Facebook peribadi anda dan mempunyai akses kepada gambar, video dan segala data peribadi anda. Lebih malang jika anda mempunyai maklumat perbankan yang dipautkan bersama Facebook.

.

Pengguna sekali lagi dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan atau berinteraksi dengan mana-mana individu atau bot yang tidak dikenali.

.

Sumber: [1]