Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek.
Tahukah anda, SMS pertama di dunia yang pernah dihantar hampir tiga dekad yang lalu, kini dilelong dalam bentuk ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT) dengan harga mencecah lebih RM800 ribu?
SMS pertama itu dihantar oleh syarikat telekomunikasi Vodafone pada 3 Disember 1992 dan diterima oleh seorang pekerja bernama Richard Jarvis semasa sambutan Hari Krismas.
SMS yang tertulis ‘Merry Christmas’ itu kini telah dilelong dalam satu-satunya jualan seumpamanya yang diadakan oleh Rumah Lelongan Aguttes di Perancis.
Pembeli yang berjaya membida pada lelongan itu akan mendapat satu-satunya replikas SMS itu setelah membuat bayaran menerusi mata wang kripto, Ether.
Menurut sumber, SMS pertama itu dijangka mendapat bidaan mencecah AS$200,000 (RM842,600) atau lebih.
Hasil daripada lelongan itu akan didermakan kepada agensi pelarian PBB bagi membantu mangsa pemindahan secara paksa.
Karya NFT kini semakin mendapat sambutan dengan nilai cukup lumayan, dan kebanyakkan bahannya datang daripada karya seni digital dalam bentuk imej, video, GIF dan muzik.
Sumber: [1]