Harga Minyak Amerika Syarikat Jatuh Di Bawah Paras $0

harga minyak amerika syarikat jatuh di bawah paras $0

Harga minyak Amerika Syarikat pada hari Isnin jatuh ke paras terendah, ketika pasaran terus terkesan dengan penularan wabak Covid19.

Niaga hadapan minyak AS turun ke paras negatif, iaitu di bawah AS$0 setong, bermakna bekalan bahan api itu mengatasi permintaannya.

Harga negatif itu juga bermakna pengeluar minyak terpaksa membayar pembeli untuk mengambil bahan mentah itu daripada mereka, berikutan tiada lagi ruang untuk menyimpan bahan berkenaan.

Ia juga merupakan paras harga terendah dan terburuk sejak NYMEX Crude Oil membuka dagangan niaga pada tahun 1983.

harga minyak amerika syarikat jatuh di bawah paras $0

Sementara itu penanda aras minyak global Brent Crude Oil, merosot kepada AS$26.04 setong turun 7.2%.

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin