Harga Kit Ujian Kendiri Akan Dikurangkan, Diumumkan Minggu Depan

Pengurangan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 bakal diumumkan minggu hadapan.

harga kit ujian kendiri akan dikurangkan, diumumkan minggu depan

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Jika sebelum ini saya pernah katakan ia akan dikurangkan pada Disember, berita baiknya kita tidak perlu tunggu sampai Disember, kita boleh turunkan November ini, jadi saya akan umumkan minggu depan,” kata beliau.

Tambahnya, penetapan pengurangan harga itu adalah bagi mengambil kira kepentingan rakyat dan semua pihak terlibat selepas melalui libat urus dengan pihak berkaitan.

Terdahulu, harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing ditetapkan pada RM16 dan RM19.90.

Jelas beliau, setakat ini, KPDNHEP telah meluluskan 2,500 premis atau syarikat untuk menjual kit ujian kendiri itu bagi memudahkan pengguna mendapatkannya.

 

Sumber: [1]