Mulai 15 April, Hanya Tweets Dari Pelanggan Twitter Berbayar Akan Muncul Di Timeline

Sebelum ini, Twitter telah membuat pengumuman akan menghapus dan menggantikan tanda semak biru atau bluetick pada akaun pengguna dan digantikan dengan program Twitter Blue.

twitter akan hapuskan tanda ‘verified’ pada akaun, gantikan dengan berbayar

Baca: Twitter Akan Hapuskan Tanda ‘Verified’ Pada Akaun, Gantikan Dengan Berbayar

 

Terbaharu, menurut pemilik media sosial Twitter iaitu Elon Musk, bermula 15 April ini, hanya ciapan atau tweets daripada pelanggan Twitter Blue yang akan dicadangkan kepada pengguna lain pada ruangan ‘For You’ mereka.

mulai 15 april, hanya tweets dari pelanggan twitter berbayar akan muncul di timeline

Untuk info, ruangan ‘For You’ adalah tab utama dalam aplikasi Twitter. Ia akan menjadi ruangan ekslusif kepada pelanggan Twitter berbayar menerusi program Twitter Blue yang diperkenalkan baru-baru ini.

mulai 15 april, hanya tweets dari pelanggan twitter berbayar akan muncul di timeline

Tambah Elon Musk lagi, pilihan untuk melakukan undian atau poll juga akan menjadi ekslusif hanya untuk pelanggan Twitter Blue dan tidak lagi tersedia untuk pengguna lain secara percuma.

 

Bagaimanapun, pengguna Twitter masih boleh melihat ciapan atau tweets daripada akaun yang diikuti mereka pada tab ‘Following’ dan juga bahagian ‘Explore’.

 

Sumber: Social Media Today