Kira-kira 40 penyanyi dalam pelbagai genre hadiri sesi ujibakat untuk menjadi peserta Gegar Vaganza 9.
Namun menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, hanya 13 peserta sahaja layak memasuki pertandingan ini.
“Saya juga terlibat dalam sesi ujibakat itu, rata-rata yang gagal itu disebabkan mengalami masalah gugup dan kurang bersedia.
“Masalah kesihatan juga antara faktor kami tidak mengambil mereka kerana bimbang akan menganggu proses penyiaran dan latihan.
“Ini kerana program ini bakal bersiaran selama 10 minggu dan peserta memerlukan stamina yang cukup sebelum memulakan persembahan,” katanya kepada portal Syok.
Dalam pada itu, Raqim mohon kepada peserta yang gagal terpilih bagi edisi kali diminta tidak terlalu kecewa atau berkecil hati.
“Terdapat juga penyanyi yang hadiri uji bakat ini memiliki kriteria namun persediaan yang mereka berikan kurang memberangsangkan.
“Rezeki itu ada dimana-mana jika tidak terpilih untuk tahun ini, mungkin anda terpilih di musim seterusnya.
13 peserta Gegarvaganza 9 bakal bersaing sesama sendiri untuk julang trofi juara serta hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
Mereka ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Tomok, Asheed, Bob Yusof, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida Hasnan,Pat Candy, Tom serta VE.
Gegarvaganza 9 akan mula bersiaran 18 September ini dari Auditorium MBSA, disiarkan secara langsung jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Ia juga boleh distrim menerusi platform On Demand dan Astro GO.