Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara ikon dan figura penting dalam menangani dan melawan COVID-19. Bertindak sebagai muka depan kepada barisan hadapan terutama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia, banyak perkara yang telah dilalui oleh beliau.
Baru-baru ini, bersempena kempen SYOK Unsung Hero, team SYOK telah menemubual tokoh Maal Hijrah ini dan juga salah seorang doktor terbaik dunia dalam menangani pandemik COVID-19 ini.
Ketika bekerja dalam keadaan tidak menentu semestinya pelbagai perkara perlu difikirkan. Begitulah yang dihadapi oleh figura penting ini. Menurutnya, hampir setiap masa beliau memikirkan masalah COVID-19 dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya.
Muncul di kaca televisen setiap hari, dengan dalam keadaan yang tenang, Tan Sri Dr Noor Hisham sentiasa melayan soalan demi soalan yang diajukan oleh wartawan. Tatkala ditanya rutin beliau bekerja, aspek ikhlas dan bekerja keras yang ditekankan olehnya.
Banyak lagi benda inspirasi yang dikongsikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham dalam video Unsung Hero ni. Kalau korang nak tengok, download aplikasi SYOK secara percuma di App Store dan Play Store sekarang!
Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Doktor Nazmir Ikmal Najibuddin dan Puan Liliwati Binti Mustafa.