Hampir Seluruh Populasi Dunia Hirup Udara Kotor

Hampir seluruh populasi di dunia atau bersamaan 99 peratus bernafas dengan udara yang kotor.

hampir seluruh populasi dunia hirup udara kotor

Demikian menurut laporan oleh berita Wion News yang mana populasi di dunia bernafas dengan udara kotor dan tidak sihat yang tidak menepati piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekaligus mencetuskan risiko kesihatan.

.

Menurut laporan itu, penduduk di negara berpendapatan rendah dan sederhana terdedah kepada kadar tertinggi pencemaran partikel halus dan gas nitrogen dioksida (NO2). Ia berlaku di lebih 6,000 bandar di 117 buah negara yang mana kualiti udaranya dipantau.

hampir seluruh populasi dunia hirup udara kotor

Sempena Hari Kesihatan Sedunia, WHO memberi tumpuan kepada kepekatan NO2 yang merupakan bahan asas dalam pencemaran udara di bandar-bandar sebelum partikel halus dan ozon.

.

WHO turut memberi tumpuan kepada keperluan untuk menurunkan pencemaran udara dengan mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Ia termasuk mengukur kuantiti partikel pencemaran  yang mempunyai ukuran 10 μm (PM10) atau 2.5 μm (PM10) dalam udara.

.

“Kebimbangan mengenai  tenaga masa kini menunjukkan betapa penting untuk kita mempercepatkan peralihan kepada sistem tenaga yang lebih bersih dan sihat.

“Peningkatan harga bahan api, keselamatan tenaga dan kepen­tingan menangani pencemaran udara serta perubahan iklim memerlukan kita segera beralih kepada dunia yang kurang kebergantungan pada bahan api fosil,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

.

Daripada 117 negara yang diukur kualiti udaranya, 17 peratus daripada bandar di negara berpendapatan tinggi didapati mempunyai udara tidak menepati standard PM2.5 atau PM10 seperti ditetapkan WHO. Negara berpendapatan rendah dan sederhana pula masih terdedah kepada kadar pencemaran udara yang tinggi.

.

Sumber: [1]