Sejumlah 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak COVID-19.
Menurut data yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jalamuddin menerusi hantarannya di Twitter, kebanyakan kes kematian COVID-19 yang direkodkan pada ketika ini tertumpu pada golongan itu lagi-lagi mereka yang masih belum menerima suntikan penggalak.
“864,450 warga emas (>60) masih belum menerima booster.
“Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut, terutama yang belum boosted.
“Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita.
“Get them boosted,” katanya.
Merujuk pada data sama, jelas Khairy, sejak lima minggu lepas, kadar kematian dalam kalangan warga emas berusia 80 tahun ke atas mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding kumpulan usia lain.
Pada masa sama, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya terus kekal waspada dalam fasa peralihan ke endemik ini.
Mulai 1 April lalu, negara telah beralih ke fasa peralihan endemik selepas lebih dua tahun hidup dalam suasana pandemik COVID-18 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Sumber: [1]