Hampir Dua Tahun Mendiam, EXO Bakal Kembali

Kumpulan popular K-Pop, EXO mengesahkan bahawa mereka bakal melakukan kemunculan semula.

hampir dua tahun mendiam, exo bakal kembali

Berita tersebut dikongsi sempena ulang tahun kesembilan EXO pada 8 April 2021.

Menerusi satu klip yang dimuat naik di saluran rasmi EXO, kumpulan tersebut dilihat berkumpul dan bersatu kembali setelah sekian lama membawa haluan masing-masing serta siap menjalani penggambaran dan persiapan untuk kemunculan semula terbaru mereka.

Luah salah seorang anggota EXO, Kai, “Untuk pertama kalinya, semua anggota berkumpul untuk membuat video muzik. Saya sangat gembira kerana saya dapat menunjukkannya walaupun sedikit seperti ini.”

Dalam pada itu, anggota lain EXO seperti Xiumin dan D.O. turut berkongsi kegembiraan mereka dalam album kali ini kerana ia menandakan kemunculan semula mereka buat yang pertama sejak menamatkan perkhidmatan tentera mereka.

Sementara itu, ketua EXO, Suho yang kini masih menjalani perkhidmatan tenteranya sempat meninggalkan mesej di Instagram.

Tulisnya, “Sudah 9 tahun. Masa berlalu. Anda menjadikan kami bersatu. Saya merindui awak.”

Kali terakhir EXO melakukan kemunculan semula secara berkumpulan adalah pada 2019 menerusi album studio keenam mereka yang berjudul Obsession.

 

Sumber: [1]