Haiwan Ni Digelar Sebagai Haiwan Paling Gembira Di Dunia, Tapi Dia Tak Senyum Sebenarnya

haiwan ni digelar sebagai haiwan paling gembira di dunia, tapi dia tak senyum sebenarnya

Quokka mungkin nama haiwan yang agak asing bagi kita. Kalau sebut Australia je mesti kita akan teringat pada kangaroo dan juga koala.

Quokka ni sangatlah istimewa kerana rupa bentuk mukanya seperti sedang tersenyum. Padahal, dia tak lah tersenyum pun. Malah, kalau haiwan ni bernafas dengan laju dan membuka mulut dengan luas, memang akan nampak seperti sedang memberikan senyuman lebar.

Quokka ni berbadan bulat dan padat. Panjangnya pula sekitar 40-45 cm. Badan quokka ditutup dengan bulu berwarna kelabu-coklat pendek, teskturnya pula agak kasar. Haiwan ni ada telinga bulat yang kecil serta hidung berwarna hitam.

Haiwan ni banyak dekat Pulau Rottnest berhampiran Perth, Australia. Haiwan ni juga diklafikasikan sebagai herbivor kerana makan daun, batang pokok dan tumbuhan lain. Quokka juga makan pada waktu malam.

Comelnya!

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN