Lindung Dari Wabak, Haiwan Di Zoo Juga Disuntik Vaksin

Dalam usaha melindungi daripada jangkitan wabak COVID-19, beberapa haiwan di sebuah zoo di Chile juga kini diberikan suntikan vaksin koronavirus.

lindung dari wabak, haiwan di zoo juga disuntik vaksin

Antara haiwan yang menerima suntikan itu adalah Charly si harimau bengal dan seekor orang utan bernama Sandai.

lindung dari wabak, haiwan di zoo juga disuntik vaksin

Jumlah kesemuanya 10 ekor haiwan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Zoo Buin di Santiago yang dianggap sebagai berisiko tinggi dijangkiti wabak tersebut.

 

Jangkitan virus COVID-19 yang kini membunuh lebih 5.4 juta manusia turut dikesan menjangkiti haiwan lain seperti monyet, beruk, harimau dan rusa.

 

Charly si harimau bengal berusia tiga tahun, manakala Sandai si orang utan berusia 26 tahun, dilaporkan menerima dos kedua vaksin eksperimen yang dibangunkan khas untuk haiwan tersebut. Kedua-duanya menerima dos pertama vaksin koronavirus itu pada 13 Disember yang lalu.

lindung dari wabak, haiwan di zoo juga disuntik vaksin

“Idea pemberian vaksin eksperimen ini adalah untuk melindungi haiwan berisiko tinggi daripada dijangkiti koronavirus sambil menguji keberkesanan vaksin dari segi imuniti dan daya ketahanan,” kata Ketua Jabatan Veterinar Zoo Buin, Sebastian Celis.

 

Buat masa ini, tiada ujian saringan COVID-19 dijalankan terhadap mana-mana haiwan dalam zoo terbabit kerana tidak menunjukkan gejala.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN