Had Laju Jalan Persekutuan Seluruh Negara Dikurangkan 10km/j Bermula 18 Jan

Bermula 18 Januari 2023 had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10-kilometer perjam (km/j).

had laju jalan persekutuan seluruh negara dikurangkan 10km/j bermula 18 jan

Ia adalah bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan berkuatkuasa sehingga 27 Januari depan.

 

Dengan pengurangan ini, maka had laju di Jalan Persekutuan seluruh negara akan diturunkan daripada 90km/j kepada 80km/j sepanjang tempoh berkenaan.

 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap terjadi khasnya semasa musim perayaan.

 

“Justeru itu, Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” katanya.

 

Bagaimana nak kenali jalan yang dilalui adalah jalan persekutuan atau negeri?

 

Sangat mudah kerana setiap jalan menggunakan sistem KOD JALAN yang berbeza seperti infografik ini.

had laju jalan persekutuan seluruh negara dikurangkan 10km/j bermula 18 jan

Apabila kita nampak papantanda jalan yang hanya menyatakan NOMBOR sahaja ia adalah Jalan Persekutuan (Bukan Lebuhraya Bertol). Apabila menyebut jalan persekutuan biasanya akan menggunakan singkatan FT (Federal Trunkroad). Contohnya laluan FT01 adalah jalan utama dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. FT03 adalah laluan dari Johor Bahru ke Rantau Panjang Kelantan melalui laluan pantai timur. Jalan-jalan ini diselenggara oleh JKR Persekutuan.

 

Sumber: Astro AWANI