Gurauan 'Dine-in', Lelaki Pecah Tembelang

Pernah dengar pepatah “kerana mulut badan binasa”?

Tapi disebabkan zaman sekarang ni banyak sgt keyboard warrior, rasanya pepatah ni dah boleh tukar kot, “kerana jari badan binasa”.

Ada 1 kes di Kelantan, seorang lelaki ni dengan bangganya muat naik status kat Facebook yang dia boleh dine in kat kedai walaupun tak vaksin.

gurauan 'dine-in', lelaki pecah tembelang

Bila polis panggil untuk bagi keterangan, alasan dia muat naik status tu hanya nak bergurau je.

Kot ye pun nak bergurau, berpada-padalah.

Siasatan polis juga mendapati, lelaki tu tak daftar pun sebagai penerima vaksin.

Alasannya nak tunggu tindak balas vaksin dekat orang lain kalau-kalau ada kesan sampingan serius.

Tak nak daftar untuk dapatkan vaksin tapi kelonggaran khas untuk orang yang lengkap vaksinasi, nak pulak kan?

gurauan 'dine-in', lelaki pecah tembelang

Sikap segelintir manusia yang perntingkan diri macam ni la yang akhirnya boleh memudaratkan orang lain.

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab.

Kita semua nak kembali kepada kehidupan sebelum adanya Covid ni kan, jadi kena la usaha sama-sama.

Daftar diri sebagai penerima vaksin, #lindungdirilindungsemua

 

Oleh: Izzati Amir