Salah Satu Gunung Berapi Teraktif Meletus Di Manila

salah satu gunung berapi teraktif meletus di manila

Korang ada plan pergi Manila ke?

 

Bukan apa, sebab salah satu daripada gunung berapi yang teraktif terletak di 65 kilometer dari selatan Manila telah meletus dan mengeluarkan debu pada hari Ahad lalu.

 

Disebabkan perkara itu, penduduk dan pelancong sekitar tempat tu telah meninggalkan kawasan tersebut untuk menyelamatkan diri.

 

Berdasarkan Ketua Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum, dikatakan gunung berapi Taal di Wilayah Batangas itu boleh meletus dalam tempoh beberapa hari.

 

Buat masa ini, tiada laporan menyatakan ada penduduk atau pelancong yang mengalami kecederaan mahupun terkandas di kawasan perkampungan berdekatan.

 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pulai kecil gunung berapi Taal yang sering menjadi tumpuan pelancong berikutan pemandangannya yang cantik.

 

Sumber: Astro Awani