Guna Sebelum vs Baik Sebelum

guna sebelum vs baik sebelum

Kalau anda perasan selalunya pada produk makanan mesti ada tanda guna sebelum (used by) atau baik sebelum (best before). Ramai yang sebenarnya tak tahu berbezaan atau maksud kedua dua tarikh luput tersebut. Adakah makanan itu masih boleh dimakan atau kena buang terus. Sedikit perkongsian daripada Ahli Kimia dan Pensyarah Kanan dalam bidang sains makanan.

 

Guna sebelum (Use by)

Guna sebelum adalah tempoh terakhir makanan itu selamat utuk dimakan selalunya untuk makan yang mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama contohnya daging, telur, susu dan roti. Untuk makan yang di label seperti ini harus dibuang selepas tamat tarikh luptnya.

 

Baik sebelum (best before)

Label ini menunjukkan kualiti makanan itu sehingga tarikh yang ditulis. Selepas tarikh luput dikatakan tak boleh dijual kerana produk/makanan itu sudah tidak segar. Tapi tak bermaksud makanan itu tidak selamat untuk dimakan. Pengguna boleh menilai sendiri perubahan rupa, warna, bau dan rasa sesuatu makanan. Harus dibuang sekiranya berlaku tindak balas terhadap makan itu.

Oleh: khalie

Sumber: Sinar Harian