Denda Lebih RM5 Ribu Jika Guna Hos Air Di Britain

Ekoran daripada cuaca kemarau teruk yang sedang melanda negara di Eropah, satu larangan telah diperkenalkan bagi melarang orang ramai daripada membazirkan penggunaan air.

denda lebih rm5 ribu jika guna hos air di britain

Larangan itu adalah hukuman denda sehingga £1,000 (RM5,418) jika didapati menggunakan hos air dalam apa jua aktiviti harian seperti menyiram pokok, membasuh kenderaan dan lain-lain.

 

Langkah itu diumumkan oleh pembekal air seperti Syarikat Southern Water, Thames Water, South East Water dan Walsh Water yang berpangkalan di Britain susulan daripada gelombang haba musim panas ketika ini.

 

“Pengumuman South Water mengenai larangan sementara untuk pelanggannya di Hampshire dan Isle of Wight adalah salah satu daripada banyak langkah yang perlu pertimbangkan bagi mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu serta melindungi bekalan pelanggan dan persekitaran,” kata jurucakap sebuah agensi alam sekitar.

 

Larangan itu dilaporkan akan berkuat kuasa pada Jumaat akan datang dan akan menjejaskan sekurangnya 17 juta orang penduduk.

 

Sumber: Kosmo