Pelajar Guna ChatGPT Untuk Tipu Assignment? Aplikasi AI Ini Undang Kerisauan

Penggunaan ChatGPT atau aplikasi perisian kecerdasan buatan (AI) membolehkan teks dijana dengan mudah berdasarkan topik yang diinginkan.

pelajar guna chatgpt untuk tipu assignment? aplikasi ai ini undang kerisauan

Jika anda masih belum biasa mendengar tentang ChatGPT, ia adalah teknologi program yang dibangunkan OpenAI pada November 2022. Antara fungsi ChatGPT adalah seperti:

  • Menerangkan kepada pelajar dengan mentakrifkan istilah dan menjelaskan konsep yang sukar.
  • Selesaikan masalah matematik dengan menunjukkan langkah demi langkah.
  • Menulis esei.
  • Menghasilkan senarai rujukan bibliografi.
  • Menyediakan draf teks berdasarkan topik yang diinginkan.

 

Meskipun aplikasi ini dilihat banyak membantu ramai khasnya para pelajar, nyata ia sebenarnya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendidik.

 

Mana tidaknya, dengan ChatGPT, seseorang pelajar itu boleh menyelesaikan tugasan yang diberi dengan mudah tanpa perlu banyak berfikir secara kreatif, sekaligus meningkatkan risiko penipuan. Misalnya, jika pelajar diberikan tugasan menulis esei dengan topik tertentu, ChatGPT boleh menyelesaikannya dengan sekelip mata.

pelajar guna chatgpt untuk tipu assignment? aplikasi ai ini undang kerisauan

Penulis juga telah mencuba aplikasi ini dengan mengarahkan ia menulis artikel pendek berkenaan 'Global Warming'. Hasilnya sangat mengagumkan.

pelajar guna chatgpt untuk tipu assignment? aplikasi ai ini undang kerisauan

Disebabkan itu, penggunaan ChatGPT telah diharamkan oleh jabatan pendidikan New York City pada rangkaiannya kerana bimbang ia memberikan kesan negatif pada tahap pembelajaran setiap pelajar mereka. Malah, sekumpulan universiti di Australia juga menganggap ChatGPT sebagai satu bentuk penipuan.

 

Pun begitu, terdapat banyak sisi positif yang boleh diambil daripada penggunaan ChatGPT ini. Akses kepada maklumat dengan lebih mudah dan pantas, serta penjelasan yang mungkin lebih jelas dapat diberi kepada pelajar dan pengguna. Program ChatGPT atau seumpamanya mungkin adalah ‘masa hadapan’ dalam dunia pendidikan, cuma pelaksanaan program ini dalam proses pembelajaran perlu diperhalusi dengan lebih mendalam.