Kerana Satu Kes COVID-19, Guangzhou Buat Perintah Berkurung

Akibat daripada satu kes COVID-19 yang terjadi di Guangzhou, China, pihak berkuasa di wilayah itu terus mengarahkan pelaksaan perintah berkurung bersasar pada Sabtu, 30 Mei lalu.

kerana satu kes covid-19, guangzhou buat perintah berkurung

Perintah itu melibatkan lima jalan di daerah Liwan yang mana membenarkan hanya seorang bagi setiap isi rumah untuk keluar membeli barangan keperluan setiap hari.

kerana satu kes covid-19, guangzhou buat perintah berkurung

Segala operasi pusat hiburan, sukan, pasar besar dan kemudahan jagaan kanak-kanak juga ditutup sementara, manakala restoran dan kedai makan hanya dibenar untuk pesanan bawa balik.

 

Wilayah Guangzhou adalah antara bandar terbesar di China dengan populasi penduduk seramai 15 juta orang.

 

Arahan itu juga terpakai bagi larangan perhimpunan besar-besaran manakala tempat awam terhad kepada kapasiti 75 peratus sahaja.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN