Google Sambut Ulang Tahun Ke-15 Street View

Google baru-baru ini meraikan 15 tahun sejak ia membangunkan Street View yang pernah mencetuskan kontroversi besarnya kerana mengambil gambar jalan dari serata dunia secara terperinci.

google sambut ulang tahun ke-15 street view

Imej panoramik Google Street View telah menyelinap ke dalam kehidupan seharian penduduk dunia, tetapi pada tahun-tahun awalnya ia pernah menarik beberapa kes mahkamah yang kebanyakannya berkaitan pencerobohan privasi.

Seiring dengan masa juga, syarikat teknologi gergasi Amerika itu telah memperkenalkan pelbagai ciri baru termasuk versi alat perjalanan masa yang dipertingkat yang membolehkan pengguna melihat foto sebelumnya yang diambil oleh kamera Google.

Firma itu juga menerbitkan senarai destinasi paling popular untuk pengguna dengan Burj Khalifa di Dubai mengambil tempat teratas untuk bangunan diikuti oleh Menara Eiffel dan Taj Mahal.

Sementara itu, Indonesia merupakan negara paling popular untuk Street View, mendahului Amerika Syarikat, Jepun, Mexico dan Brazil.

Ibu kota Indonesia, Jakarta adalah bandar yang paling dicari, mengalahkan Tokyo, Mexico City, Sao Paolo dan Buenos Aires.

Sejak penubuhannya, Street View telah berjaya mengumpul 220 bilion imej dan mengembara lebih dari 10 juta batu sejak imej pertamanya dikeluarkan yang memperlihatkan pemandangan jalan bandar-bandar seperti San Francisco, New York dan Miami.


Sumber: [1]