Google Pun Tengah Cuba Dark Mode? Biar Betul!

google pun tengah cuba dark mode? biar betul!

Sekarang ni semua aplikasi nak buat mod gelap. Sambutan daripada pengguna juga sangat memberangsangkan. Jadi, banyaklah syarikat teknologi yang membangun aplikasi mahu ciri tersebut ada pada projek mereka.

Terbaru, Android Police menemukan pihak Google sedang membangunkan ciri gelap. Tapi buat masa ini ciri tersebut hanya ada pada Chromebooks mereka. Itu pun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Google. Buat masa ini masih belum jelas bila syarikat gergasi in merancang untuk mengeluarkan ciri tersebut untuk Chrome OS mereka.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa semua berlumba nak buat dark mode. Actually ciri ini memberi keselamatan dalam suasana yang malap dan juga mengurangkan masalah mata. Kalau korang perasan, orang-orang yang buat coding semuanya berlatarbelakangkan warna hitam. Malah, beberapa aplikasi streaming popular juga menggunakan mod gelap untuk menenangkan mata pengguna.

Sumber: Android Police