ChatGPT yang diperkenalkan oleh OpenAI, telah mencipta fenomena dek kerana kebolehannya dalam pelbagai perkara seperti menulis esai hingga kepada membuat kod program dalam masa beberapa saat.
Disebabkan itu, syarikat enjin pencarian dunia, Google telah melancarkan Bard, iaitu program kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi kelebihan yang ada pada ChatGPT.
Menerusi laporan pada Isnin, CEO Google, Sundar Pichai berkata, Bard kini dalam proses ujian dan akan dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa minggu ini.
Bard adalah program yang berasaskan LaMDA, iaitu singkatan bagi "Language Model for Dialogue Applications". Ia adalah model bahasa yang dikembangkan oleh OpenAI yang memfokuskan kepada tugas-tugas perbualan, seperti memahami maksud dan membuat respon yang sesuai dalam perbualan. LaMDA berbeza dari model bahasa seperti GPT-3 yang lebih meluas dan boleh digunakan untuk pelbagai tugas, seperti pemahaman teks dan penulisan teks.
Menurut Pichai lagi, Google akan mengeluarkan Bard dengan "versi model ringan LaMDA." Ia adalah model yang lebih kecil yang katanya memerlukan "kuasa pengkomputeran yang jauh lebih sedikit."
Ada kemungkinan bahawa Google berhati-hati dengan penampilan sulung Bard kerana ia menyedari isu yang datang dengan "AI yang belum diuji.”.
Sumber: Google / TechXplore