Kajian Dapati Girls Yang Lepak Dengan Member Dua Minggu Sekali Lagi Panjang Umur?

Satu kajian yang dijalankan University of Oxfords, dapati wanita yang kerap melepak dengan rakan-rakan sebanyak dua minggu sekali lebih sihat, sistem imunisasi mereka lebih kuat dan mereka lebih cepat sembuh dari penyakit.

kajian dapati girls yang lepak dengan member dua minggu sekali lebih panjang umur?

Mereka juga dapati, kaedah ini turut menyumbang kurangnya rasa cemas dalam diri serta mereka lebih bermurah hati.

Menurut Dr. Robin Dunbar, Profesor Psikologi, hal ini sebenarnya tidak hanya berlaku terhadap kaum wanita, mana-mana individu yang mempunyai jaringan sosial yang besar lebih mempunyai kesan yang signifikan yang positif terhadap kesihatan fizikal dan emosi mereka.

Tidak hairanlah kita semua sentiasa lebih gembira apabila kita berkumpul dengan rakan-rakan, kan?

Satu kajian lain, yang dilakukan oleh University of California dapati, wanita bertindak balas dengan tekanan dan corak tend-and-befriend. Itulah sebabnya mereka akan rasa tenang jika berjumpa dengan rakan-rakan terutamanya golongan wanita.

Kerap berjumpa dengan kawan-kawan benar-benar mengurangkan risiko penyakit, menurunkan tekanan darah, kadar jantung dan kolesterol. Tidak hanya itu, orang tanpa kawan risiko dijangka mati 6 bulan lebih awa. Manakala mereka yang berkawan lebih dari 9 tahun, kurang 60% risiko kematian.

Jika ini bukan alasan untuk keluar lebih kerap, tak tahulah nak kata apa!

Sumber