Gmail Sekat 18 Juta Email Tak Betul Tentang COVID-19 Setiap Hari

gmail sekat 18 juta email tak betul tentang covid-19 setiap hari

Berita palsu ni bukan sahaja berlegar di Whatsapp, Facebook dan Twitter je. Dekat Gmail pun korang boleh dapat berita palsu terutama sekali tentang COVID-19 ni.

Baru-baru ini, pihak Gmail telah mengeluarkan kenyataan bahawa Gmail telah menyekat lebih 100 juta email penipuan setiap hari. Dalam beberapa minggu lepas pula, pihak Gmail mendapati terdapat 18 juta email palsu bekaitan COVID-19. Bukan itu sahaja, pihak Gmail juga telah mengenapl pasti terdapat lebih 240 juta email diklasfiksikan sebagai spam.

Bagi mengekang perkara tersebut, pihak Gmail telah membangunkan model mereka tersendiri bagi mengenalpasti dan menyekat hampir 99.9% email yang diklafikasikan sebagai spam, fishing dan malware.

Jadi, kalau korang dapat mesej-mesej seperti itu abaikan dan laporkan kepada pihak Gmail untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Cloud Google