5 Tahun Mendiam, Girls' Generation Bakal Buat Kemunculan Kembali Tak Lama Lagi!

Kumpulan K-Pop popular, Girls’ Generation dilaporkan sedang bersiap sedia untuk kepulangan mereka ke industri muzik yang telah lama dinanti-nantikan.

5 tahun mendiam, girls' generation bakal buat kemunculan kembali tak lama lagi!

17 Mei lalu, SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan gadis itu sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan album baru mereka pada Ogos ini, yang juga menandakan ulang tahun ke-15 mereka selepas melakukan penampilan sulung pada 2007.

Kali terakhir Girls’ Generation muncul sebagai sebuah kumpulan penuh dengan kesemua lapan ahli adalah pada Ogos 2017 menerusi album “Holiday Night”.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN