Boleh Bawa Maut, Kes Pertama Virus Marburg Disahkan Di Ghana

Ghana telah mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang boleh membawa maut.

boleh bawa maut, kes pertama virus marburg disahkan di ghana

Kedua-dua pesakit yang dijangkiti itu juga disahkan telah meninggal dunia di di wilayah Ashanti selatan, demikian menurut laporan BBC.

.

Ekoran itu, seramai 98 individu yang menjadi kontak rapat kepada pesakit kini sedang menjalani kuarantin selepas sampel daripada kedua-dua pesakit didapati positif.

.

Menurut pegawai kesihatan di negara Afrika Barat, virus itu amat mudah berjangkit dan ia daripada keluarga yang sama dengan virus penyebab Ebola. Malah sehingga kini masih belum ada rawatan khusus bagi merawat penyakit Marburg.

.

Virus Marburg dikatakan tersebar kepada manusia melalui kelawar buah dan merebak dalam kalangan manusia melalui cecair tubuh. Pesakit akan mengalami simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah dan juga pendarahan.

.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan gua dan perlu memasak produk daging sebelum boleh dimakan.

.

Virus Marburg pertama kali berlaku di Jerman pada tahun 1967 dengan tujuh kematian. Ia juga pernah membunuh lebih 200 orang di Angola pada tahun 2005 lalu.

boleh bawa maut, kes pertama virus marburg disahkan di ghana

Sumber: [1], [2]