Genap 8 Tahun Sejak MH370 Hilang Di Udara, Malaysia Masih Teruskan Usaha Pencarian

Genap sudah lapan tahun sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang di udara.

genap 8 tahun sejak mh370 hilang di udara, malaysia masih teruskan usaha pencarian

Pelbagai persoalan terus bermain mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat malang itu serta penumpang dan anak kapalnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata negara akan menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baru yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.

“Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil.

“Maklumat yang boleh dipercayai ini dapat digunakan untuk mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu. Dengan ini, pertimbangan akan dibuat dalam menentukan masa depan operasi mencari dan penubuhan semula pasukan siasatan,” katanya.

Terdahulu pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Operasi mencari secara besar-besaran melibatkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.

 

Sumber: [1]