Gempa Bumi Di Sabah

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah pada jam 1:05 pagi tadi, 19 April 2021.

gempa bumi di sabah

Menerusi satu entri di Jabatan Meteorologi Malaysia, tulis mereka:

Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter telah berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 1:05 pagi, 19 April 2021. Pusat gempa bumi tersebut terletak 6.0° Utara dan 116.6° Timur dengan kedalaman 13km. 14km Barat dari Ranau,Sabah.

Gegaran telah dirasai di Ranau, Sabah.

Terdahulu, Astro Awani terlebih dahulu melaporkan bahawa satu kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter melanda tempat yang sama pada jam 11:10 malam sebelum itu.

Gempa bumi tersebut difahamkan berlaku 11 kilometer barat dari Ranau, Sabah, ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer hingga menyebabkan kawasan daerah terbabit merasai gegaran tersebut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN