Gelombang Omicron Telah Bermula Di Malaysia – Khairy

Gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dan jumlah kes COVID-19 di negara ini dijangka akan meningkat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

gelombang omicron telah bermula di malaysia – khairy

Menurut beliau, keadaan itu bagaimanapun akan terkawal memandangkan negara mempunyai kadar vaksinasi tinggi.

“Sistem penjagaan kesihatan telah disediakan. Kes-kes yang serius semakin berkurangan. Marilah kami bersama-sama mengatasi gelombang ini,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi satu entri di Facebook bahawa kesediaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merangkumi pelaksanaan langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri secara berkala.

 

Sumber: [1]