Kes harian COVID-19 dijangka mampu mencecah hingga 15,000 dalam masa terdekat, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Jelas beliau, situasi itu boleh dihadapi negara susulan jumlah warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak agak tinggi, iaitu kira-kira sejuta orang.
“Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak.
“Tolong maklum kepada ibu bapa kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” tulisnya di Twitter.
Negara ini juga, tambahnya, sudah sepenuhnya berhadapan dengan gelombang varian Omicron.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham turut menyuarkan kebimbangan sama sekiranya kadar R-Naught kekal pada 1.12.
Situasi tersebut mempu membawa kepada unjuran kes harian sebanyak 22,000 menjelang penghujung Mac ini.
Sumber: [1]