COVID-19 Pantas Merebak, Indonesia Kini Masuk Gelombang Keempat

Selepas merekodkan jumlah harian tertinggi pada Sabtu sejak 25 Mac lalu, Indonesia sekali lagi berdepan dengan penularan wabak COVID-19 dan kini negara itu memasuki gelombang keempat.

.

Pada Sabtu, Indonesia merekodkan sebanyak 4,329 kes jangkitan, dengan peningkatan sebanyak 27.6 peratus untuk data jangkitan dari 10 hingga 16 Julai berbanding minggu sebelumnya.

covid-19 pantas merebak, indonesia kini masuk gelombang keempat

Menurut data rasmi daripada petugas kebangsaan COVID-19, negara itu kini mempunyai 26,594 kes aktif dan besar kemungkinan ia tidak menggambarkan dengan tepat skala sebenar jangkitan komuniti semasa.

.

Ia adalah kerana kekurangan ujian dan langkah pengesanan kontak dibuat ketika ini.

covid-19 pantas merebak, indonesia kini masuk gelombang keempat

Malah liputan vaksin penggalak di Indonesia juga menurun dengan ketara dengan kadar bawah 30 peratus di 28 wilayahnya.

.

"Jika dilihat daripada kadar liputan vaksin penggalak setiap wilayah, kadar tertinggi dicatatkan di Bali mencecah 58 peratus.

"(Ia) diikuti Jakarta, Kepulauan Riau, Jogjakarta, Jawa Barat, dan Kalimantan Timur walaupun kadar liputannya belum mencapai 50 peratus," kata jurucakap kerajaan bagi pengendalian Covid-19, Wiku Adisasmito.

.

Tambah lagi, varian baharu Omicron BA.4 dan BA.5 turut merekodkan sehingga 81 peratus daripada varian COVID-19 di Indonesia.

.

Sumber: [1]