“Kalau Botak Nanti Cantik, Kan Daddy?,” Gelagat Pesakit Kanser Usia 4 Tahun Buat Ramai Sedih

Seorang pesakit kanser darah atau leukemia, Alexandria Marissa Abdul Malik, 4, telah mencuri perhatian warganet apabila bersetuju untuk dibotakkan kepalanya.

“kalau botak nanti cantik, kan daddy?,” gelagat pesakit kanser usia 4 tahun buat ramai sedih

Menerusi video Tiktok yang dimuatnaik ibunya menggunakan akaun Mommy Shark, adik Marissa menjadi perhatian dan meraih banyak komen serta simpati netizen yang bersama mendoakan kesembuhannya.

 

"Botak kan comel...botak kan comel. Kalau botak nanti cantik...kan daddy? Tapi nak botak kat salun," demikian antara kata-kata yang disebut adik Marissa.

 

@shakilashoki

Alhamdullilah dapat pujuk Marissa utk botak. Mohon kawan2 doakan Marissa ya 🙏🏻🥲

♬ original sound - Mommy Shark

 

Menurut ibunya, Nor Shakila Mohd Shoki, 31, kata-kata itu sering diulang adik Marissa bagi menyedapkan hatinya sendiri kerana perlu membotakkan kepala disebabkan banyak rambutnya mulai gugur selepas menjalani rawatan kemoterapi.

 

@shakilashoki Saat yang paling sayu #cancer #cancerfighter #leukemia #leukemiawarrior #bloodcancer ♬ Jiwa Yang Bersedih - Ghea Indrawari

 

 

@shakilashoki #cancerfighter ♬ Dawai - Fadhilah Intan

 

Tambah ibunya lagi, sejak Marissa disahkan menghidap kanser darah, dia tidak mahu memaksa anak tunggalnya itu untuk membotakkan kepala.

 

@shakilashoki Marissa’s Camcer Journey 🤍 Doakan Marissa sihat kembali 🤲🏻 #cancerfighter ♬ original sound - Mark

 

Disebabkan perlu menjalani rawatan kanser selama dua tahun, adik Marissa tidak dapat ke sekolah seperti pelajar lain.

“kalau botak nanti cantik, kan daddy?,” gelagat pesakit kanser usia 4 tahun buat ramai sedih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersama-sama mendoakan kesembuhan adik Marissa, selain turut bersimpati dengan nasib menimpa beliau.

 

Sumber: Tiktok / BH