Jika Korang Batuk, Sakit Kepala Atau Sakit Badan, Segera Dapatkan Rawatan Doktor

jika korang batuk, sakit kepala atau sakit badan, ini yang perlu korang tahu

Sekarang ni kalau korang perasan ramai yang tak sihat. Ada yang batuk lah, ada yang demam lah dan sebagainya.

Kalau korang ada masalah in atau kawan-kawan korang ada masalah sebegini, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa dengan doktor. Sebab sekarang ni virus influenza tengah merebak.

Antara gejala-gejala yang memungkinkan seseorang itu dijangkiti influenza adalah sakit badan, demam, selsema, batuk, sakit kepala dan sakit tekak.

Jadi, kalau korang ada masalah sebegini elakkan berada di tempat awam kerana influenza ni sedang dijangkiti.

jika korang batuk, sakit kepala atau sakit badan, ini yang perlu korang tahu

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia