Penyanyi terkenal, G-Dragon dilaporkan baru sahaja membeli sebuah rumah kediaman mewah jenis penthouse bernilai 16.4 bilion won atau bersamaan RM57.7 juta.
![‘‘dia memang kaya!’’ g-dragon beli penthouse rm57.7 juta secara cash](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/gdragon-01.jpg)
Menurut laporan, penyanyi yang terkenal dengan jolokan ikon fesyen K-pop itu membeli rumah Nine One Hannam yang terletak di Yongsan-gu, Seoul, secara tunai dan menjadi kediaman paling mahal di Korea Selatan bagi tahun 2022.
.
Kediaman berkenaan juga dilaporkan mempunyai keluasan 2,624 kaki persegi dengan peningkatan harga sebanyak 49 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun lepas.
![‘‘dia memang kaya!’’ g-dragon beli penthouse rm57.7 juta secara cash](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/gdragon-02.jpg)
Menerusi komen salah seorang peminat G-Dragon, penyanyi itu sememangnya kaya dan tiada masalah baginya untuk membeli kediaman mewah itu secara tunai.
Sumber: [1]