Bekas kapten, Gary Neville mengakui beliau sudah bosan untuk menonton kelab lamanya, Manchester United bermain dan enggan lagi membuat liputan mengenai perlawanan kelab itu.
Kekalahan demi kekalahan dihadapi pasukan Red Devils, dan terbaharu pasukan itu tewas kepada Newcastle, meskipun dengan hanya jaringan satu gol.
Meskipun pasukan Manchester United menguasai hampir 90 minit perlawanan, mereka hanya melakukan lapan percubaan berbanding 22 percubaan yang dibuat pasukan Eddie Howe.
Ekoran itu, Neville yang merupakan bekas kapten Manchester United dari tahun 1992 hingga 2011, yang kini berkhidmat bersama Sky Sports merasakan kesabarannya terhadap bekas pasukannya itu semakin berkurangan.
"Saya tidak mahu membuat liputan perlawanan mereka lagi, saya tidak mahu menonton perlawanan mereka lagi, dan itu adalah kenyataan paling menyedihkan yang boleh anda terima terhadap kelab bola sepak kegemaran anda.
"Apabila anda bosan menontonnya, menjadi letih dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan.
"Dan bukan saya sahaja, ramai yang turut menyatakan sejak beberapa minggu lalu, cukup-cukuplah," katanya.
Man. United yang berada ditangga ke-7 dalam liga akan bertemu Chelsea yang berada di tangga ke-10, pada awal pagi Khamis, 7 Disember 2023.
Sumber: Astro AWANI