Gara-Gara Video Tular Lelaki Terjun, Tasik Cermin Kini Ditutup Buat Sementara Waktu

Gara-gara tular video yang menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin, tempat tarikan pelancong yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan panorama hijau daun itu terpaksa ditutup.

gara-gara video tular lelaki terjun, tasik cermin kini ditutup buat sementara waktu

Menurut Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin, kawasan itu kini ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan dan pembukaan semula untuk kunjungan orang ramai akan diumumkan.

“Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Kawasan Tasik Cermin diletakkan bawah pengurusan Geopark Kinta yang mana orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan tasik itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video berdurasi 15 ssat di TikTok yang mana seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan.

Susulan itu, ramai warganet meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan lelaki berkenaan kerana perbuatannya itu menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Terdahulu, Tasik Cermin pernah ditutup dari menerima sebarang kunjungan sekitar Mac 2020 atas faktor keselamatan.

 

Sumber: [1]