Gara-Gara Terlalu Seksi, Lesen Doktor Wanita Ini Digantung Majlis Perubatan

Seorang doktor yang juga seorang model di Myanmar telah digantung lesennya oleh Majlis Perubatan Myanmar gara-gara memuat naik gambit seksi di laman Facebook.

Difahamkan, lesen Nang Mwe San, 29, telah bertugas selama lima tahun sebelum menjadi model pada tahun 2017.

gara-gara terlalu seksi, lesen doktor wanita ini digantung majlis perubatan

Biarpun telah diberi amaran, namum Mwe San tetap terus memuat naik gambar berpakaian tidak sesuai dengan tradisi Myanmar. Dia juga dikatakan telah memuat naik pakaian tradisional Myanmar sambil melakukan aksi seksi.

Mwe San akan membuat rayuan kerana bukan mudah untuk menjadi seorang doktor katanya. Dan, dalam masa yang sama dia menegaskan dia tidak akan meninggalkan dunia peragaan.

gara-gara terlalu seksi, lesen doktor wanita ini digantung majlis perubatan

"Saya tidak berpakaian seperti itu ketika saya merawat pesakit," kata Nang Mwe San sambil menambah bahawa ini "tidak dapat diterima" dan dia merancang untuk merayu keputusan majlis itu dalam bulan itu.

"Saya tidak fikir mereka harus mengganggu kebebasan peribadi dan ini bukan hal mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia masih berharap dapat kembali ke bidang perubatan pada masa akan datang.