Peminat span kuning kegemaran ramai, SpongeBob SquarePants pasti kecewa dengan perkhabaran dari negara jiran ini.
Spongebob Square Pants dianggap ganas di Indonesia.
Gara-gara menyiarkan Spongebob Sqaure Pants the Movie sebuah stesen televisyen di Indonesia telah menerima surat amaran dari Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI).
Penyiaran filem tersebut dianggap melanggar kod etika dan standard program kerana Spongebob Square Pants dianggap ganas di Indonesia.
Difahamkan, filem itu mengandungi beberapa aksi ganas yang tak sesuai dipaparkan seperti memukul muka seseorang dengan kayu, jatuhkan penukul ke muka dan beberapa aksi lain.
via GIPHY
Memandangkan ini merupakan kesalahan pertama, mereka hanya diberikan surat amaran.