Gara-Gara Squid Game, Filem Jepun Yang Dikatakan Sama Ini Turut Terima Tempias Populariti!

Di sebalik kegilaan terbaru yang sedang melanda para peminat K-Drama, iaitu Squid Game, terdapat sebut-sebutan yang mengatakan bahawa drama hit itu berkongsi beberapa adegan dan jalan cerita yang lebih kurang serupa dengan filem Jepun, As the Gods Will.

gara-gara squid game, filem jepun yang dikatakan sama ini turut terima tempias populariti!

Jalan cerita kedua drama itu melibatkan pertandingan antara hidup dan mati dalam bentuk permainan kanak-kanak, dikatakan memiliki persamaan dengan filem As the Gods Will seperti tembakan jarak dekat dari kepala boneka raksasa dan pemandangan kiraan jam.

Dalam satu sidang media, jelas pengarahnya iaitu Hwang Dong Hyuk, “Memang benar (permainan pertama) serupa, tetapi setelah itu, tidak ada persamaan.”

Jelasnya, As the Gods Will diciptakan sekitar 2010, selepas idea awalnya untuk Squid Game, terbit setelah membaca banyak manga yang menyentuh genre survival.

“Tetapi jika saya harus mengatakannya, saya ingin mengatakan bahawa saya melakukannya terlebih dahulu,” kata Hwang.

Terdahulu, Hwang yang terkenal dengan filem Silently (2011), berkongsi yang Squid Game adalah berdasarkan kisah benar mengenai penderaan terhadap para pelajar pekak di Korea Selatan.

Lanjutnya, skrip untuk Squid Game sebenarnya telah mula dibikin sejak dari 2008 hingga 2009, tetapi disimpan kerana gagal meraih minat hingga ia berjaya meraih perhatian produksi gergasi sedekad kemudian.

Drama yang dibintangi Lee Jung Hae, Park Hae Soo dan Jung Ho Yeon itu mula ditayangkan sejak 17 September lalu dan menjadi trending di serata media sosial.

Ia mengikuti rentetan kumpulan desperados yang harus memainkan permainan versi kanak-kanak yang diubahsuai untuk mencari peluang memenangi habuan 45.6 bilion won.

 

Sumber: [1]