Gara-Gara Disentuh V BTS, Kereta Wanita Ini Terima Tawaran Harga Tinggi Oleh Ramai ARMY Serata Dunia

Gara-gara kereta milik seorang wanita itu disentuh oleh anggota kumpulan K-Pop masyhur iaitu V BTS, ketika kumpulan terbabit sedang membuat persembahan di jalan, kereta itu serta-merta sesak dengan tawaran daripada orang ramai yang ingin membelinya.

gara-gara disentuh v bts, kereta wanita ini terima tawaran harga tinggi oleh ramai army serata dunia

Memetik laporan Allkpop, kereta tersebut merupakan milik seorang penyampai berita wanita yang juga pemenang Anugerah Emmy, Cher Calvin.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Cher Calvin dilihat mempamerkan kereta BMW berwarna putih miliknya itu yang mempunyai cap jari V BTS selepas disentuh oleh penyanyi tersebut ketika melakukan persembahan.

Sebelum ini, pada 23 November, Cher Alvin turut berkongsi beberapa siri video yang memaparkan aksi BTS di jalanan ketika lampu isyarat sedang merah.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cher Calvin (@chercalvin)

 

Pertunjukan di jalan itu adalah sebahagian daripada program popular The Late Late Show with James Corden yang mana BTS tampil sebagai tetamu.

Dalam salah satu video tersebut, kelihatan BTS yang mengenakan pakaian kuning dan hitam menari dan menyanyi di hadapan kereta Cher Alvin.

Di tengah-tengah persembahan, muncul V BTS yang kemudian menyentuh bahagian hadapan kereta Cher Alvin dengan tangannya.

Kerana itu, Cher Alvin mendedahkan ketika ini keretanya mendapat banyak tawaran untuk dibeli.

Lebih mengejutkan, kesemua tawaran itu datang daripada para peminat BTS dari serata dunia.

 

Sumber: [1]