Pakar Salahkan Makhluk Asing Punca Gangguan Facebook

Gangguan yang dilaporkan berlaku kepada rangkaian media sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp pada pagi Selasa, telah dikaitkan dengan perbuatan makhluk asing.

pakar salahkan makhluk asing punca gangguan facebook

Menurut seorang ahli psikik dari Britain, Uri Geller berkata, gangguan yang berlaku pada perkhidmatan media sosial itu adalah berpunca daripada perbuatan makhluk asing yang mempunyai sistem teknologi canggih.

 

Katanya, teknologi canggih yang dimiliki makhluk asing dari angkasa lepas itu berupaya menggangu sistem jaringan sosial terbesar tersebut.

 

“Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Pentagon (Amerika Syarikat) sedang menyiasat perkara ini. Teknologi makhluk asing boleh mengganggu sistem tersebut.

“Ia merupakan satu misteri yang besar untuk jaringan media sosial. Penjelasan yang masuk akal perlu diberikan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

 

 

Selain teknologi media sosial, Geller turut beranggapan makhluk asing juga menyasarkan senjata nuklear di Bumi. Maka, beliau meminta agar isu ini dapat disiasat dengan lebih terperinci.

 

Pada awal pagi Selasa, Facebook, Whatsapp dan Instagram mengalami gangguan diseluruh dunia yang mana mereka tidak dapat menggunakan akaun, membuka aplikasi atau menghantar pesanan ringkas kepada pengguna lain. Keadaan itu berjaya dipulihkan dalam masa tujuh jam.

lepas lebih 6 jam, facebook, whatsapp & instagram kembali pulih

Mark Zurkerberg dalam satu kenyataan berkata, masalah itu adalah berkaitan dengan pemadaman perubahan konfigurasi yang dilalukannya pada peranti router, untuk menyelaraskan lalu lintas antara pusat datanya.

 

Gangguan itu telah juga menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada alternatif media sosial yang lain seperti Telegram dan juga Twitter.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN