Gambar Perodua Bezza Guna Plat Harga RM638,000 Rupanya Palsu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menafikan kesahihan foto yang mendakwa sebuah kereta Perodua Bezza menggunakan nombor pendaftaran FF2 berharga RM638,000.

gambar perodua bezza guna plat harga rm638,000 rupanya palsu

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim menerusi semakan pihaknya mendapati nombor asal kenderaan terbabit adalah KFF 2 dan bukannya seperti yang ditularkan.

 

Ujarnya, foto itu telah disunting sekaligus mengubah nombor asal kenderaan berkenaan.

 

"Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

"Sebab, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

"Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2," katanya.

 

Tambah beliau, sekiranya memang terbukti ada modifikasi pada nombor kenderaan dibuat, tindakan atas kesalahan pemalsuan nombor plat boleh kenakan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

 

 

Sumber: HMetro