Diserang Netizen Seluruh Dunia, Wonder Woman Pengecut Tutup Komen IG

Pelakon antarabangsa berbangsa Yahudi, Gal Gadot dilihat menutup ruangan komen di Instagram miliknya, selepas dipercayai diserang netizen seluruh dunia gara-gara isu peperangan yang melanda bumi Gaza.

diserang netizen seluruh dunia, wonder woman pengecut tutup komen ig

Akaun Instagram milik pelakon utama filem Wonder Women itu dilihat tertampang pendiriannya menyokong kekejaman tempat asalnya, Israel dengan ayat “Stand with Israel (Saya bersama Israel).”

 

Meskipun menutup ruangan komen, pelakon berusia 38 tahun itu dilihat masih berkongsi beberapa hantaran dengan memaparkan ‘mangsa’ dalam kalangan pendatang haram yang didakwa telah diculik pejuang Hamas.

diserang netizen seluruh dunia, wonder woman pengecut tutup komen ig

Hantaran yang dikongsi itu menyebut kononnya 239 rakyat pendatang haram yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa, telah diculik Hamas.

 

“Kami mahu mereka (mangsa penculikan Hamas) dikembalikan segera,” tulis beliau pada kapsyen.

 

Terdahulu, Gal Gadot telah dikritik hebat gara-gara kenyataannya yang mengajak orang ramai supaya menyokong Israel, selepas tercetusnya peperangan antara Zionis dan Palestin sejak 7 Oktober lalu.

 

“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya hingga mencetuskan kemarahan warganet yang tidak henti-henti memberikan kecaman pada setiap hantarannya di Instagram.

diserang netizen seluruh dunia, wonder woman pengecut tutup komen ig

Mungkin tidak tahan dengan kecaman diterima, Gal Gadot akhir bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

 

Menjengah ke laman sosial X, ramai bertindak mengecam pendirian pelakon itu, selain turut memboikot setiap filem yang dilakonkan olehnya.

 

Sumber: Instagram