Bintang TikTok dengan pengikut terbanyak seperti adik-beradik D’Amelio dan Addison Rae dilaporkan mempunyai pendapatan pendapatan yang lebih banyak berbanding beberapa ketua pegawai eksekutif yang mengendalikan syarikat ternama dari serata dunia.
Terdahulu, Forbes meletakkan adik-beradik Charli dan Dixie D’Amelio sebagai pencipta kandungan berpendapatan tinggi di TikTok, selepas mereka memperoleh AS$17.5 juta dan AS$10 juta masing-masing, pada 2021, menerusi kandungan tajaan, tawaran bergelar duta jenama, dan usaha perniagaan lain.
Seperti mana yang dinyatakan Wall Street Journal, adik-beradik tersebut adalah setanding dengan kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif S&P 500, yang median pendapatannya adalah AS$13.4 juta pada 2020.
Sebagai TikToker dengan bayaran tertinggi, Charli D’Amelio dilaporkan memperoleh lebih banyak pada 2021 berbanding Ketua Pegawai Eksekutif Exxon Mobil, Darren Woods (AS$15.6 juta) dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Kevin Johnson (AS$14.7 juta) yang diperoleh pada 2020, menurut Journal.
Sementara itu, kakaknya Dixie mendahului Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines, Gary Kelly (AS$9.2 juta), manakala rakan influencer mereka, Addison Rae pula memperoleh AS$8.5 juta tahun lalu, lebih daripada Ketua Pegawai Eksekutif Costco Craig Jelinek (AS$8.3 juta).
Sumber: dot. LA