Gagal Bendung Penularan Kembali Wabak COVID-19, 30 Pegawai Di China Dipecat

Berikutan lonjakan semula kes COVID-19 di China baru-baru ini, lebih daripada 30 pegawai di negara tersebut dilaporkan telah dipecat atau menerima hukuman akibat gagal memberi respons yang tepat bagi menangani wabak tersebut.

china pecat 30 pegawai kerana gagal bendung penularan kembali wabak covid-19

Memetik laporan The Washington Post, antara mereka yang dipecat termasuklah timbalan datuk bandar, ketua suruhanjaya kesihatan, dan kakitangan dalam pengurusan hospital serta jabatan lapangan terbang dan pelancongan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mengumumkan 94 kes penularan domestik baru yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Penularan wabak terbaru di negara tersebut berkait rapat dengan varian Delta yang tersebar dalam kalangan pekerja lapangan terbang di bandar timur Nanjing sehingga menyebabkan ia turut menular ke wilayah lain.

Susulan daripada kejadian itu, China telah mengambil langkah-langkah segera dengan melakukan sekatan perjalanan kembali, menjalankan perintah kawalan pergerakan serta menutup seluruh bandar Zhangjiajie yang mempunyai populasi seramai 1.5 juta penduduk.

 

Sumber: [1]