Seorang wanita menjadi viral kerana rupa parasnya yang serupa dengan mangsa culik kanak-kanak bernama Madeleine McCann yang hilang tanpa jejak sejak 14 tahun lalu.
Menyedari persamaan tersebut, wanita tersebut membuat perbandingan dua foto zaman kanak-kanak dan memuat naik hasil tersebut dalam bentuk video di TikTok.
Kebetulan, wanita itu juga dipanggil dengan nama Maddie.
Pemilik akaun TikTok @maddiecossou membuat video itu selepas keluarga dan rakan-rakannya menyedari persamaannya dengan Madeleine McCann.
Dalam video tular itu, Maddie pertama kali menunjukkan foto Madeleine McCann yang tersebar di internet.
Wanita berusia 19 tahun itu kemudian menunjukkan gambar pasportnya yang diambil kira-kira sebaya dengan kanak-kanak yang hilang ketika berusia empat tahun itu.
Tetapi, terdapat segelintir warganet yang menafikan bahawa Maddie adalah Madeleine McCann kerana kanak-kanak yang hilang itu kini sepatutnya berusia 18 tahun.
Beberapa warganet bahkan mengatakan wanita tersebut sebaliknya mempunyai persamaan dengan penyanyi Taylor Swift.
Madeleine McCann menghilangkan diri dari apartmen ketika bercuti bersama keluarga di Praia da Luz, Algarve, Portugal pada 2007.
Sehingga kini, anak kepada pasangan Gerry dan Kate McCann itu masih belum ditemui.
Bagaimanapun, polis di Jerman telah menamakan Christian Brueckner sebagai suspek utama mereka.
Lelaki itu kini sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan dadah.
Pendakwaraya Hans Christian Wolters turut mengakui ‘bukti’ penculikan lelaki berusia 44 tahun itu secara tidak langsung.
“Kami percaya kami menangkap orang yang menculik dan membunuh anak perempuan anda. Saya sendiri berpendapat kesimpulannya akan ditemui tahun depan,” kata pendakwa kepada keluarga Madeleine McCann, seperti mana yang dilaporkan Daily Star.
Sumber: [1]