Gadis Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Netizen Komen Negatif Pula

Setiap ibu dan bapa pasti akan berusaha memastikan keluarganya hidup senang dan selesa. Malah, ada ibu dan bapa yang sanggup bekerja keras bagi menggembirakan anak-anaknya.

 

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@Zohtaco) dengan terujanya menunjukkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya.

gadis teruja dapat beg pertama jenama mewah dari ayah, tapi ada netizen komen negatif pula

Menurut gadis ini, beg itu adalah beg berjenama mewah pertama yang pernah dimilikinya. Malah dalam video itu, Zoe dengan gembiranya menggayakan beg berjenama Charles & Keith tersebut memandangkan ia adalah hadiah dari bapanya sendiri.

 

Bagaimanapun, keterujaannya telah menerima komen kurang baik dari segelintir pengguna media sosial yang memberitahu bahawa jenama itu bukanlah jenama beg tangan mewah.

 

@zohtaco

thank you dad 🥹

♬ Glitch - Just audios

 

 

Meskipun kecewa dengan komen negatif tersebut, ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya, malah beliau memberitahu keluarganya tidaklah mempunyai harta yang banyak hinggakan ada kalanya mereka tidak mampu membeli barangan seperti roti.

gadis teruja dapat beg pertama jenama mewah dari ayah, tapi ada netizen komen negatif pula

Zoe juga berkata, beg dengan nilai 80$ (kira-kira RM262) itu adalah mahal padanya dan memerlukan bapanya bekerja keras untuk menghadiahkan ia kepada beliau.

 

@zohtaco Replying to @cressy ♬ original sound - zoe 🦋

 

“Saya sangat bersyukur kerana ayah saya mampu mendapatkan beg ini untuk saya. Dia bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut. Saya tak percaya saya dibenci kerana beg yang saya betul-betul teruja memilikinya,” ujar Zoe.

 

Disebabkan itu, ramai yang kembali memberikan kata-kata semangat kepada Zoe, serta menasihatkan beliau untuk tidak mempedulikan komen negatif itu.

 

Sumber: Tiktok