Meskipun kucing adalah haiwan yang comel dan menjadi pilihan ramai untuk dipelihara, tidak dinafikan ada juga yang takut kepada haiwan ini.
Begitulah yang terjadi kepada gadis ini yang amat takutkan kepada kucing, sehingga beliau telah diuji oleh bakal mentuanya.
Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia apabila wanita yang takut kepada kucing itu diberikan oleh bakal ibu mentuanya seekor anak kucing untuk dipegang.
Menerusi video yang tular di Tiktok, gadis itu memberitahu bahawa dia takut kepada haiwan tersebut. Namun, bakal ibu mentuanya dilihat santai mengendong anak kucing lalu menarik tangan gadis tersebut agar menyentuhnya.
Meskipun takut, gadis itu tetap cuba menyentuh anak kucing itu, meskipun dengan menggunakan satu jari.
“Diuji kebolehan memasak - X,
“Diuji perlu berani pegang anak kucing (tanda betul),” tulis keterangan pada video.
Dapat dilihat setiap kali anak kucing itu mengeluarkan suara, gadis tersebut menarik semula tangannya kerana berasa takut, sehingga akhirnya dia berjaya membelai haiwan tersebut dengan tenang.
Sumber: Tiktok