Siapa sangka seorang gadis Filipina yang dahulunya seorang pengemis, kini mendapat rezeki yang mencurah sebagai model malah memasang impian untuk bertanding sebagai ‘miss universe’ bagi negaranya.
Gadis yang dikenali sebagai Rita Gaviola pernah menjadi tular suatu ketika dahulu apabila gambarnya sedang mengemis sambil menjaga adik-adiknya, dirakam seorang jurufoto yang kebetulan menghadiri Festival Pahiyas, sekitar tahun 2016.
Gambar yang dirakam secara senyap-senyap itu kemudian dimuatnaik ke Internet dan menjadi tular ke serata dunia.
Gadis tersebut yang mendapat gelaran ‘Badjao Girls’ bersempena etnik asalnya, telah mendapat perhatian ramai sehinggakan ratu cantik tempatan berpakat mahu membawa gadis remaja itu keluar daripada kepompong kemiskinan.
Sejak dari itu, Rita ditawarkan pekerjaan sebagai model dan akhirnya berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda beraksi atas pentas antarabangsa dalam rancangan televisyen Big Brother.
Beliau yang juga anak kepada pengutip sampah dan suri rumah, meluahkan hasrat mahu mewakili Filipina ke pertandingan ratu cantik iaitu Miss Universe.
Semoga impian Rita berjaya dicapai dan pasti ini menjadi inspirasi kepada semua berikutan mampu mengubah nasib keluarga daripada kemiskinan.
Sumber: Instagram Rita Gaviola, FB CDN Digital