Gadis Ini Curi Perhatian Warganet Kerana Boleh Buat Suara Gagak, Kucing, Anjing

Seorang gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan salah seorang peserta yang hadir ke temu duga untuk pencarian Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini telah menarik perhatian netizen di media sosial.

gadis ini curi perhatian warganet kerana boleh buat suara gagak, kucing, anjing

Mana tidaknya, gadis bernama Adriana Bannie dikatakan mampu meniru beberapa suara haiwan antaranya seperti burung, burung gagak, kucing dan anjing.

 

Aksi bersahaja Adriana itu telah menambat hati netizen yang turut memuji wajah comel gadis berkenaan.

gadis ini curi perhatian warganet kerana boleh buat suara gagak, kucing, anjing

Dek kerana kebolehan itu, ada netizen yang berseloroh meminta Adriana untuk cuba membuat bunyi udang.

 

@remaja.my comelnyaaaaa tapi part anjing tu min terkejut sikit haha #HeroDewiRemaja2023 #HeroRemaja2023 #DewiRemaja2023 #MajalahRemaja ♬ original sound - Remaja

 

Untuk info, buat pertama kali sepanjang 38 tahun penganjuran Dewi Remaja dan Hero Remaja, pencarian ini digabungkan menjadi satu dengan dua nama pemenang bakal dinobatkan.

 

Sumber: Tiktok